Tatkala Kawan sedang menelaah buku-tebal-nak-mati Law of Tort (exaggarating gila!padahal tak tebal mana pun!), tiba-tiba Kawan rasa bosan..buka fesbuk, ternampak pula sahabat Mohamad Redzuan mengepos sesuatu yang baru dalam blognya..wah, member Kawan da makin banyak menulis la! tiba-tiba lagi teringat pada blog Kawan (masa tu baru teringat aku ade blog rupenye). Ye, masa untuk membersihkan habuk dan segala kotoran di blog sudah tiba.
Wednesday, May 11, 2011
Bersihkan Habuk Dalam Blog..
*Kat atas ni Kawan merepek. Korang tak baca pun takpe ahahaha..
Sudah genap 3 bulan Kawan berada di bumi Australia. Bumi yang mana seluruh pelusuk dunia hanya akan membayangkan kanggaru dan beruang koala, dan bukan pula Tim Cahill apatah lagi Julia Gillard.
VS
betul ke beruang koala lagi femes dari julia gillard???sebenarnye korang tau tak Julia Gillard ni siape??
Bagaimana hidup Kawan di sini?kepada yang bertanya, mudah je jawapannye. Alhamdulillah, so far so good (jawapan skema peperiksaan masa Kawan tadika dulu kala). Kehidupan di Australia banyak bezanya dari Malaysia. Bezanya dapat dilihat dari segi orangnya, adat budayanya, sistem politik dan ekonominya, lori-lorinya (haha tak masuk langsung, tapi sumpah lori kat sini style gila, semua macam optimus prime).
Meh Kawan cerita sikit ape yang beza sangat Australia dengan Malaysia nih. Firstly, orang Australia kalau nak lintas jalan, punya la cermat juga berhati-hati. Mesti kena guna laluan lintasan pejalan kaki dan lintas berpandukan traffic light pejalan kaki. Kat malaysia ade??jangan nak tipu cakap ade,sebab seumur hidup Kawan kat malaysia, Kawan tak pernah buat pun ahahaha..
memang tension kalau kau kena tunggu bersebelahan dengan orang ketiak berbau. tapi ini lah realitinya di sini.
Seterusnye, orang-orang Australia ni terlebih peramah sangat! kalau korang pegi mana-mana especially kedai or supermarket, cashier mesti akan tanya "how are u mate?"..maybe korang boleh kata taktik perniagaan je tu, tapi at least di sini mereka mengamalkan budaya macam tu. kadang-kadang kalau kau usha orang sebelah kau dan die perasan, die akan cakap benda yang same..kalau kat malaysia konfem-konfem orang sebelah kau akan cakap "ape tengok-tengok??ade hutang??"..nampak tak bezanya?
Lagi, di sini budaya berbasikal amat la jelas. di malaysia, yang berbasikal hanyalah kanak-kanak sekolah, dan segelintir pakcik-pakcik tua berkopiah berbasikal untuk ke warung kopi. tapi di sini, kebanyakan orang berbasikal daripada naik motor. kalau atas jalan raya tu, siap ade lorong khas untuk basikal. cuma, bila nak berbasikal, korang wajib pakai helmet, dan juga lampu kalau berbasikal waktu malam. cerita tentang menunggang motosikal pulak, kalau kat traffic light, korang kena beratur macam kereta. tak boleh nak suka-suka hati nak cilok-cilok macam kat malaysia (pastu langgar side mirror kereta orang, pastu bila lampu hijau pulas minyak nak lari punye pasal and sorok celah bangunan, Kawan faham sangat sebab Kawan pun pernah buat)..
ni kat malaysia je bai..
kat Australia lebih kurang macam ni la..
saya tua saya okay berbasikal..saya nampak cool kan??
Tapi yang Kawan tak tahan, bukan semua orang Australia ni suka kat orang luar! pandangan diorang kat orang luar ni sebiji macam pandangan korang kat mat bangla, mat indon, mat vietnam dan sekutunya la. Kadang-kadang Kawan dengan rakan-rakan elok-elok jalan kaki tepi jalan, tiba-tiba ade kereta lalu jerit "monkey!", tak pun "f**k you"..Kawan da biase da tu..biasenye yang buat macam tu remaja-remaja kurang kasih sayang la. maklum la, budak baru nak naik. tapi diorang ni jerit dari dalam kereta berani la sebab diorang tau walaupun Kawan ni juara 100m Kelas Bunga Matahari, takdenye Kawan boleh kejar kereta diorang. realitinya, diorang memang tak berani cakap depan-depan..
diorang takdenye berani nak tunjuk muka, sebab takut Kawan ingat muka die then Kawan sebat die kalau jumpe lagi.
ada jugak yang usha Kawan setiap kali Kawan jalan kaki
yang ni terlebih peramah pulak..payah jugak..
Jadi, boleh disimpulkan begini la serba sedikit tentang kehidupan baru Kawan di bumi baru, Australia ni..ada yang best, ada yang tak best..tapi kebanyakannye tak best..bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri"..
Sekian, salam rindu untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. nanti kalau Kawan boring study Kawan update lagi..nak jugak cerita tempat-tempat best kat sini yang Kawan da pegi..nak kasi korang jeles sikit hahahahaha...
Posted by Zul Carpan at 2:03 AM 4 comments
Labels: Hoho blog da hilang habuk dah
Thursday, January 20, 2011
Rapuh....
Dengar-dengarkan...
Lagu yang sangat menyentuh dan bermakna betapa kita sebagai manusia tak luput dari salah dan lemah, dan betapa Maha besarnya Allah, yang nantinya hidup ini semua berakhir padamu ya Allah...
Artis: Opick
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...
(^.^)
Posted by Zul Carpan at 4:45 PM 0 comments
Labels: Kerapuhan Seorang Manusia
Thursday, January 6, 2011
Bila Menang Dipuji Sebakul, Bila Kalah Dikutuk Berbakul-Bakul
ARTIKEL INI DITULIS DENGAN NADA YANG SERIUS
JADI SILA BACA DENGAN NADA YANG SAMA
Gambar yang buat Kawan menangis dari semalam
Sejak Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010, bahagian sukan dalam segala jenis surat khabar malaysia tak henti-henti melaporkan tentang perkembangan pasukan Harimau Malaya selepas pulang ke tanah air. Para pemain semakin glamour. Populariti semakin meningkat. Nama-nama seperti Khairul Fahmi, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menjadi tidak asing dalam search engine. Dengar kata, rakan Facebook 'Apek' (Khairul Fahmi) dah meningkat 3 kali ganda.
Kawan bukan jealous. Malahan, Kawan gembira pasukan Harimau Malaya mampu untuk kembalikan maruah bola sepak negara. Tapi, sedar tak sedar, populari sebegini nyata amat berbahaya kepada para pemain kita. Lumrah hidup, "Manusia Mudah Alpa". Bak kata Akbar dalam lagunya bertajuk 'Manusia Lupa', "Manusia lupa, manusia alpha Manusia bersangka, manusia leka". Populariti sebegini ditakuti akan melalaikan mereka kerana hakikatnye, perjalanan bola sepak mereka masih panjang. Purata umur pemain dalam skuad kali ni 22 tahun wei!
orang-orang dalam gambar: kita masih muda,jom enjoy puas-puas
Kawan: kepala hangguk korang..
Tapi ni adalah senario yang biasa bila kita menjadi juara. Jadi macam mana pulak senario yang biasa bila kita kalah??
JARANG-JARANG
SELALUNYE
BOOOOOOOOOO
DENGAN ..... PUN KALAH
MAIN NTAH APE-APE
PASSING PUN TAK LEPAS!!
ATAU
HADOOI MAIN MACAM BUDAK SKOLAH
MEMBAZIR JE KERAJAAN BAGI DUIT KAT TEAM BOLA
BAIK BAGI AKU YANG MAIN!!
Kawan cabar lu turun main dengan Kawan. Kalau cara nak ikat tali but pun lu tanye Kawan, Kawan tak cakap banyak, Kawan terus pacak stad but kat kepala lu..
LEBIH TERUK LAGI
Petikan Harian Metro 12/9/2008
Tajuk : "Perabis Beras Aje!"
Petikan: 'B. sathianathan menyifatkan Mohd Helmi Eliza Elias sebagai yang terbaik di Malaysia tetapi boleh percayakah kata-kata jurulatih skuad negara itu? apa yang jelas, penjaga gol itu paling bodoh di Malaysia ketika memberikan gol percuma dan kemenangan 3-2 Vietnam, sekaligus menjejaskan peluang ke separuh akhir Piala AFF suzuki, semalam.'
Pada pendapat Kawan, komen atau kritikan sedemikian bukanlah jenis yang membina, tapi jenis yang menghina! Persoalannye sekarang, siapa penulis untuk melabelkan penjaga gol tu sebagai 'paling bodoh', malah memberi gambaran ragu-ragu terhadap kewibawaan jurulatih dalam memilih skuadnya. Kalau penulis lagi hebat, kenape bukan penulis je yang menjaga gawang, dan menjadi jurulatih pada masa yang sama??
Kawan faham, media cetak memerlukan headline sebegini di dada akhbar mereka untuk sebagai pelaris. Tapi, at least, atau sekurang-kurangnye, tolong la fikirkan ape perasaan individu yang dilabelkan sebagai 'paling bodoh' dan 'perabis beras'. Perasaan ahli keluarga mereka, nak letak mana? ingat mereka tak malu bila berhadapan dengan orang-orang kampung mereka? Kawanku, duit boleh dicari ganti, tapi maruah manusia yang dah tercalar, belum tentu lagi, atau lebih tepat, mustahil.

KESANNYA
Kawan memang simpati sama kau, bro...
BAGAIMANA DENGAN YANG INI PULAK???
Kepada para pembaca, sila 'maju cepat'(ayat google translator), atau bahasa englishnya 'fast forward' ke minit 2.38
BAGAIMANA DENGAN YANG INI PULAK???
Kepada para pembaca, sila 'maju cepat'(ayat google translator), atau bahasa englishnya 'fast forward' ke minit 2.38
kredit ditujukan kepada Redzuan Chamakh sebab bagi link ni kat Kawan
Kawan tertarik dengan komen yang dikeluarkan oleh Shebbie apabila beliau berkata, "Kepada sesiapa yang nak jadi pemain bola sepak di malaysia, atau bercita-cita nak jadi pemain bola sepak, tukar bidang, jangan main bola sepak, main sukan lain yang kita femes". Persoalan yang ingin Kawan timbulkan di sini, adakah ini satu mesej yang cuba di sampaikan oleh seseorang so-called 'arif' dalam bidang bola sepak negara di saat kita ketandusan bakat-bakat muda yang berkualiti, di saat pasukan kita semakin hari semakin jatuh ranking FIFAnya? Kenapa perlu dipandang rendah impian pemuda-pemuda kita yang memasang impian untuk menaikkan martabat bola sepak Malaysia, hanya kerana mungkin Shebbie menganggap bola sepak Malaysia dah tak ada masa depan??
Wallahualam..Kawan pun tak tau ape niat sebenar Shebbie di saat dia mengeluarkan komen sedemikian. Kalau interpretasi Kawan salah, Kawan minta maaf. Tapi, pada pendapat peribadi Kawan, komen sebegini jika dibaca tanpa penjelasan, akan menyebabkan impian atau cita-cita anak-anak muda kita terkubur begitu sahaja. Tolonglah faham, bola sepak kita tak akan maju kalau jika non-supportive environment yang kita persembahkan kepada mereka. Dan sekarang kita dah menang piala AFF Suzuki 2010. Adakah Shebbie hendak memperbetulkan statement di atas?hendak menggalakkan pula anak-anak muda kita bermain bola sepak?atau mungkin menyarankan juga golongan pekerja professional seperti doktor, jurutera, peguam, untuk turut bermain bola sebagai aktiviti sampingan?entah laa..Kawan pun tak tahu..
Apa-apapun, adalah sangat dihargai oleh rakyat Malaysia jika suatu hari nanti Shebbie akan membuat penjelasan berhubung komennya di atas...bukan apa, bagi mengelakkan salah faham..
Akhir kalam..
Come on la rakyat malaysia, jangan panggil diri korang 'penyokong hidup mati pasukan bola sepak malaysia' kalau korang hanya tau bersorak bila mereka menang, tapi menghentam kaw kaw bila mereka kalah. Jangan jadi seperti lalang......

sekalung ucapan tahniah kepada bro-bro sekalian kerana
mengharumkan nama Malaysia
mengharumkan nama Malaysia
pssstt: bunyi serius tak? mesti 'tunang-2 tahun-hidup' Kawan tak cakap Kawan buat lawak lagi..btw thanx to my ibu kerana mengajar Kawan isitilah tunang ni..
Posted by Zul Carpan at 10:26 PM 5 comments
Labels: Ko Cakap Ko Penyokong Setia??
Subscribe to:
Posts (Atom)

