ARTIKEL INI DITULIS DENGAN NADA YANG SERIUS
JADI SILA BACA DENGAN NADA YANG SAMA
Gambar yang buat Kawan menangis dari semalam
Sejak Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010, bahagian sukan dalam segala jenis surat khabar malaysia tak henti-henti melaporkan tentang perkembangan pasukan Harimau Malaya selepas pulang ke tanah air. Para pemain semakin glamour. Populariti semakin meningkat. Nama-nama seperti Khairul Fahmi, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menjadi tidak asing dalam search engine. Dengar kata, rakan Facebook 'Apek' (Khairul Fahmi) dah meningkat 3 kali ganda.
Kawan bukan jealous. Malahan, Kawan gembira pasukan Harimau Malaya mampu untuk kembalikan maruah bola sepak negara. Tapi, sedar tak sedar, populari sebegini nyata amat berbahaya kepada para pemain kita. Lumrah hidup, "Manusia Mudah Alpa". Bak kata Akbar dalam lagunya bertajuk 'Manusia Lupa', "Manusia lupa, manusia alpha Manusia bersangka, manusia leka". Populariti sebegini ditakuti akan melalaikan mereka kerana hakikatnye, perjalanan bola sepak mereka masih panjang. Purata umur pemain dalam skuad kali ni 22 tahun wei!
orang-orang dalam gambar: kita masih muda,jom enjoy puas-puas
Kawan: kepala hangguk korang..
Tapi ni adalah senario yang biasa bila kita menjadi juara. Jadi macam mana pulak senario yang biasa bila kita kalah??
JARANG-JARANG
SELALUNYE
BOOOOOOOOOO
DENGAN ..... PUN KALAH
MAIN NTAH APE-APE
PASSING PUN TAK LEPAS!!
ATAU
HADOOI MAIN MACAM BUDAK SKOLAH
MEMBAZIR JE KERAJAAN BAGI DUIT KAT TEAM BOLA
BAIK BAGI AKU YANG MAIN!!
Kawan cabar lu turun main dengan Kawan. Kalau cara nak ikat tali but pun lu tanye Kawan, Kawan tak cakap banyak, Kawan terus pacak stad but kat kepala lu..
LEBIH TERUK LAGI
Petikan Harian Metro 12/9/2008
Tajuk : "Perabis Beras Aje!"
Petikan: 'B. sathianathan menyifatkan Mohd Helmi Eliza Elias sebagai yang terbaik di Malaysia tetapi boleh percayakah kata-kata jurulatih skuad negara itu? apa yang jelas, penjaga gol itu paling bodoh di Malaysia ketika memberikan gol percuma dan kemenangan 3-2 Vietnam, sekaligus menjejaskan peluang ke separuh akhir Piala AFF suzuki, semalam.'
Pada pendapat Kawan, komen atau kritikan sedemikian bukanlah jenis yang membina, tapi jenis yang menghina! Persoalannye sekarang, siapa penulis untuk melabelkan penjaga gol tu sebagai 'paling bodoh', malah memberi gambaran ragu-ragu terhadap kewibawaan jurulatih dalam memilih skuadnya. Kalau penulis lagi hebat, kenape bukan penulis je yang menjaga gawang, dan menjadi jurulatih pada masa yang sama??
Kawan faham, media cetak memerlukan headline sebegini di dada akhbar mereka untuk sebagai pelaris. Tapi, at least, atau sekurang-kurangnye, tolong la fikirkan ape perasaan individu yang dilabelkan sebagai 'paling bodoh' dan 'perabis beras'. Perasaan ahli keluarga mereka, nak letak mana? ingat mereka tak malu bila berhadapan dengan orang-orang kampung mereka? Kawanku, duit boleh dicari ganti, tapi maruah manusia yang dah tercalar, belum tentu lagi, atau lebih tepat, mustahil.
KESANNYA
Kawan memang simpati sama kau, bro...
BAGAIMANA DENGAN YANG INI PULAK???
Kepada para pembaca, sila 'maju cepat'(ayat google translator), atau bahasa englishnya 'fast forward' ke minit 2.38
BAGAIMANA DENGAN YANG INI PULAK???
Kepada para pembaca, sila 'maju cepat'(ayat google translator), atau bahasa englishnya 'fast forward' ke minit 2.38
kredit ditujukan kepada Redzuan Chamakh sebab bagi link ni kat Kawan
Kawan tertarik dengan komen yang dikeluarkan oleh Shebbie apabila beliau berkata, "Kepada sesiapa yang nak jadi pemain bola sepak di malaysia, atau bercita-cita nak jadi pemain bola sepak, tukar bidang, jangan main bola sepak, main sukan lain yang kita femes". Persoalan yang ingin Kawan timbulkan di sini, adakah ini satu mesej yang cuba di sampaikan oleh seseorang so-called 'arif' dalam bidang bola sepak negara di saat kita ketandusan bakat-bakat muda yang berkualiti, di saat pasukan kita semakin hari semakin jatuh ranking FIFAnya? Kenapa perlu dipandang rendah impian pemuda-pemuda kita yang memasang impian untuk menaikkan martabat bola sepak Malaysia, hanya kerana mungkin Shebbie menganggap bola sepak Malaysia dah tak ada masa depan??
Wallahualam..Kawan pun tak tau ape niat sebenar Shebbie di saat dia mengeluarkan komen sedemikian. Kalau interpretasi Kawan salah, Kawan minta maaf. Tapi, pada pendapat peribadi Kawan, komen sebegini jika dibaca tanpa penjelasan, akan menyebabkan impian atau cita-cita anak-anak muda kita terkubur begitu sahaja. Tolonglah faham, bola sepak kita tak akan maju kalau jika non-supportive environment yang kita persembahkan kepada mereka. Dan sekarang kita dah menang piala AFF Suzuki 2010. Adakah Shebbie hendak memperbetulkan statement di atas?hendak menggalakkan pula anak-anak muda kita bermain bola sepak?atau mungkin menyarankan juga golongan pekerja professional seperti doktor, jurutera, peguam, untuk turut bermain bola sebagai aktiviti sampingan?entah laa..Kawan pun tak tahu..
Apa-apapun, adalah sangat dihargai oleh rakyat Malaysia jika suatu hari nanti Shebbie akan membuat penjelasan berhubung komennya di atas...bukan apa, bagi mengelakkan salah faham..
Akhir kalam..
Come on la rakyat malaysia, jangan panggil diri korang 'penyokong hidup mati pasukan bola sepak malaysia' kalau korang hanya tau bersorak bila mereka menang, tapi menghentam kaw kaw bila mereka kalah. Jangan jadi seperti lalang......
sekalung ucapan tahniah kepada bro-bro sekalian kerana
mengharumkan nama Malaysia
mengharumkan nama Malaysia
pssstt: bunyi serius tak? mesti 'tunang-2 tahun-hidup' Kawan tak cakap Kawan buat lawak lagi..btw thanx to my ibu kerana mengajar Kawan isitilah tunang ni..
5 comments:
fuhyoo.
serius gile wei aku bce. hehe!
btw, mmg betol la pan.
mmg cmtu la lumrh mnusia.
tawu mengata tapi x pernah tgk kelemahan diri. hmm.
tu la..nak kritik bleh..tp bagi la kritikan yg membina..ini tak..makin dihentamnye..susah nak hidup dlm environment yg x supprtive kott..
siyes nk tau pasal tunang tu
nak tau apenye?
dia nak tau siape la tu
Post a Comment