kau yang berotak kuning-kekuningan, aku dapat membayangkan muka tak sabar kau untuk membaca entri aku lepas tengok tajuk kat atas tu. aku tau tajuk tu memang membangkitkan selera untuk remaja-remaja seusia kita. tapi sory to say la bro. ini bukan blog seperti tajuk entri di atas kah kah kah, untuk budak yang still suci dan innocent, tahniah Kawan ucapkan.
Nak dijadikan cerita, Kawan selalu teman adik-adik Kawan tengok cerita ni petang-petang time Kawan mengangur dulu. yang bestnye dalam cerita ni, adik-adik Kawan akan attempt untuk jawab semua soalan dan ikut semua arahan dari si Dora budak hingusan tu. serius untuk level budak upsr ke atas, cerita tu bukan tahap kau.
Ptuihhh ptuihh lantak la sama cerita ni. point yang Kawan nak up kat sini bukan pasal cerita tu! ape yang Kawan nak sampaikan kat sini adalah perasaan rindu pada family sampaikan sesuatu benda yang kau lakukan pun kau akan ter'associate'kan dengan ahli family kau. diam tak diam dah ngam-ngam 6 bulan Kawan kat Aussie ni. which means DAH 6 BULAN AKU TAK JUMPA FAMILY AKU!! setakat webcam dekat ym tu ade la tapi internet rumah Kawan ni lembab macam lori bertayarkan basikal. gamba kat video tu sangkut-sangkut. mana puas.
sumpah kalau Kawan tak fly mungkin Kawan takkan rasa perasaan macam ni. perasaan yang special, tapi menyedihkan. mungkin ade rakan-rakan yang kat malaysia yang tak balik rumah berbulan-bulan jugak, dan mungkin korang nak kutuk Kawan. takdehal. lantak korang. tapi situasi kita tak sama, ingat tu. Kawan duduk beribu batu jauh dari malaysia. kalau Kawan nak balik semata-mata nak berbuka dan bersahur dengan family, konfem-konfem RM3000 melayang. Kawan orang bukan orang kaya, nak harapkan duit dari sponsor, nak beli tiket untuk balik hujung tahun pun tak lepas-lepas. berlainan dengan korang-yang-mungkin-nak-perli-Kawan tu, kalau study dalam malaysia anytime ade masa terluang weekend korang boleh balik. jarak tak memisahkan korang dengan keluarga korang. tambang bas sehala pun takdenye cecah RM100. kepada korang tu, tak payah la tunjuk macho tak balik rumah berbulan-bulan. sementara kita masih ade family ni dan berkemampuan untuk jumpa mereka, balik la bro-bro dan sis-sis sekalian.
Kawan da lama kot tak menitikkan air mata. last time mase bulan 1 rasenye, mase dapat tau seseorang ni dapat fly. dan kali terakhir merupakan mase Kawan keluar dari perut ibu. awesome kan? keh keh keh