BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 10, 2011

My First Time.....Aku Hilang Kelakian

kau yang berotak kuning-kekuningan, aku dapat membayangkan muka tak sabar kau untuk membaca entri aku lepas tengok tajuk kat atas tu. aku tau tajuk tu memang membangkitkan selera untuk remaja-remaja seusia kita. tapi sory to say la bro. ini bukan blog seperti tajuk entri di atas kah kah kah, untuk budak yang still suci dan innocent, tahniah Kawan ucapkan. 




Kawan memang salahkan lecture Kawan Matthew Stubbs. Die bagi lecture pasal cara citation untuk legislations,cases, and books and journal articles. senang cakap tadi Kawan dengar lecture recording die. da sampai part di mana para pendengar da agak master tentang ape yg die sampaikan, die ajukan satu soalan. dan di dalam bilik yang sunyi tapi wangi ni, Kawan dengar suara Kawan menjawab soalan itu sebagai tanda respons. dan saat tu jugak la Kawan teringat cerita Dora The Explorer. Kau tau sebab ape? dalam cite ni si dora budak hingusan tu selalu mengajukan soalan kepada penonton-penonton. jenis sooalannya pulak yang pada orang macam kita ni soalan bodoh. kalau kau rasa soalan tu bodoh,sebenarnya kau yang bodoh. cerita tu kartun untuk budak-budak, yang kau ikut adik kau tengok apehal? 



ini la wajah budak hingusan tu, tapi yang kiri atau yang kanan?



Nak dijadikan cerita, Kawan selalu teman adik-adik Kawan tengok cerita ni petang-petang time Kawan mengangur dulu. yang bestnye dalam cerita ni, adik-adik Kawan akan attempt untuk jawab semua soalan dan ikut semua arahan dari si Dora budak hingusan tu. serius untuk level budak upsr ke atas, cerita tu bukan tahap kau. 


*   *   *


Kaitannya :

Kawan teringat tadi mase Kawan jawab soalan lecture tadi tu sebiji macam adik-adik Kawan yang jawab soalan-soalan Dora budak belum baligh tu. 



Ptuihhh ptuihh lantak la sama cerita ni. point yang Kawan nak up kat sini bukan pasal cerita tu! ape yang Kawan nak sampaikan kat sini adalah perasaan rindu pada family sampaikan sesuatu benda yang kau lakukan pun kau akan ter'associate'kan dengan ahli family kau. diam tak diam dah ngam-ngam 6 bulan Kawan kat Aussie ni. which means DAH 6 BULAN AKU TAK JUMPA FAMILY AKU!! setakat webcam dekat ym tu ade la tapi internet rumah Kawan ni lembab macam lori bertayarkan basikal. gamba kat video tu sangkut-sangkut. mana puas. 


*   *   *


Hakikatnya :

Demm aku mengakui penyakit homesick aku da sampai. tapi lumrahhh la weyyy.. sape tak sayang family. sape tak rindu family kalau da lama tak jumpa. kalau time skola menengah dulu sebulan sekali Kawan mesti balik rumah. ni semua salah sistem pendidikan malaysia. kalau korang buat peraturan setahun balik 2kali je mesti sekarang Kawan da 'alah bisa tegal biasa'. LOL. time kat taylor's dulu pun sebulan sekali jugak Kawan balik rumah. tapi sekarang ni da 6 bulan tak balik-balik kau tau tak.



lagi-lagi sekarang ni bulan puasa.lagi terasa homesicknya. Kawan tak kesah kat Aussie ni Kawan tak dapat pegi bazar ramadhan, tak dapat makan murtabak, tak dapat minum air soya cincau, tak dapat cuci mata tengok awek-awek kat bazar, tak dapat teman member-member Kawan yang tak puasa pegi makan (astaghfirullah,kalau ade lagi yang buat camni,taubat la yob!). Tapi yang Kawan kisahnya adalah TAK DAPAT BERBUKA OR BERSAHUR EVEN SEKALI pun untuk ramadhan kali ni. dan adakah untuk ramadhan 3 tahun akan datang juga? wallahualam..Allah ade perancanganNya. kau tau ape perasaan buka bersama keluarga? perasaan tengok ibu balik dari sekolah pukul 6.30 petang terus masak untuk berbuka, perasaan tengok ayah yang kepenatan bekerja seharian berbuka puasa,(dengar katanya puasa kal ni siang malam kena kerja sebab taukey die tak cukup pekerja,moga Allah kuatkan semangatmu ayah. Amiin), dan juga perasaan tengok adik-adik Kawan yang masih kecik tunggu waktu buka dengan wajah yang 'sumpah separuh mati'..kesian..semua tu perasaan yang hanya kau rasa bila kau ade di samping mereka waktu berbuka. WAKTU BERSAHUR pulak, teringat kenangan di mana ibu akan jerit dari tingkap untuk kejut nenek di sebelah rumah dengan jeritan "mak oo mak da bangun belum?" sampai la nenek sahut. dulu ayah yang buat kerja ni. teringat lagi kenangan tengok ibu kejut adik-adik untuk bangun sahur. adik Kawan yang kecik, Aisya, paling susah nak bangun. dulu time die lagi kecik sampaikan ibu kena suapkan makanan dalam mulut die sambil die berbaring dengan mata tertutup. dua orang adik Kawan lagi, Zura dan Jaja, nasib baik senang untuk bangun. kalau tak memang request air paip sebaldi dari Kawan muahaha.


*   *   *


tu semua kenangan kau tau tak! KENANGAN! kau tak boleh buat ape-ape dengan kenangan selain mengenangnya. dan itu yang terjadi pada Kawan sekarang. mengenang, mengenang, dan terus mengenang. entah bila dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga tersayang lagi.

sumpah kalau Kawan tak fly mungkin Kawan takkan rasa perasaan macam ni. perasaan yang special, tapi menyedihkan. mungkin ade rakan-rakan yang kat malaysia yang tak balik rumah berbulan-bulan jugak, dan mungkin korang nak kutuk Kawan. takdehal. lantak korang. tapi situasi kita tak sama, ingat tu. Kawan duduk beribu batu jauh dari malaysia. kalau Kawan nak balik semata-mata nak berbuka dan bersahur dengan family, konfem-konfem RM3000 melayang. Kawan orang bukan orang kaya, nak harapkan duit dari sponsor, nak beli tiket untuk balik hujung tahun pun tak lepas-lepas. berlainan dengan korang-yang-mungkin-nak-perli-Kawan tu, kalau study dalam malaysia anytime ade masa terluang weekend korang boleh balik. jarak tak memisahkan korang dengan keluarga korang. tambang bas sehala pun takdenye cecah RM100. kepada korang tu, tak payah la tunjuk macho tak balik rumah berbulan-bulan. sementara kita masih ade family ni dan berkemampuan untuk jumpa mereka, balik la bro-bro dan sis-sis sekalian.    



*   *   *


dan atas-atas sebab di atas ni, Kawan terpaksa mengaku malam ni air mata Kawan menitik juga. penuh gelas putih affan tu buat tadah. Kawan bukan homesick, Kawan bukan 'gembeng' (tak tau google sendiri), or Kawan bukan 'pundan' (tak tau tanya pemuda namanya mohd norhafizul mineh). tapi adat manusia, at certain point of time, kau akan rasa sangat down. sangat-sangat down. dan malam ni adalah malam Kawan. 

Air mata Kawan menitik, officially Kawan bukan lelaki lagi :'(










my family+nenek. seriously i miss you all so much :'( semoga Allah pertemukan kita, sekurang-kurangnya di dalam mimpi kita. Amiin..



Kawan salahkan lecture Kawan sebab die la semua ni terhasil sebab die pegi tanye soalan macam tu sape suruh!!!


Kawan da lama kot tak menitikkan air mata. last time mase bulan 1 rasenye, mase dapat tau seseorang ni dapat fly. dan kali terakhir merupakan mase Kawan keluar dari perut ibu. awesome kan? keh keh keh


































Saturday, August 6, 2011

Seronok Bai Jalan-jalan Bai

"Benarkah salahku, lepaskan kamu Kau duga egoku, fahami diriku begini Tiada yang sama Yang pasti kita semua bebeza Kau fikirlah" "pundek punya alarm. gua tak sempat save as lagi mimpi gua lu da kasi kejut. tapi takpe, gua tau lu taat menjalankan tugas lu" getus Kawan sendirian. kau orang tahu tak sekarang bulan puasa? kalau alarm bunyi tu paham-paham la bangun dari katil tu pegi sahur. 


Kawan hentak-hentak kaki tak puas hati sebab Kawan tak sempat save as mimpi tadi. macam mana nak tengok balik bila Kawan da abes buat soalan tutorial nanti? atau nak tengok sambil makan mee sedap? kalau Kawan sempat save as tadi konfem lepas sahur Kawan stret delete cerita KL Ganster dalam laptop Kawan. Kawan campak tuala Muhd Khir ke dalam toilet sebagai tanda tak puas hati. 

Kejap, teknologi bukan da maju? kalau kau orang guna google chrome ke, mozilla fireforks ke, bukan ke ade benda alah nama 'history' untuk trace balik ape yang korang bukak? kalau laptop Kawan yang nak masuk setahun berkapasiti memori sebanyak 500 GB boleh ade benda tu, Kawan yakin otak yang Allah kurniakan ni, yang kapasitinya unlimited, mesti ade benda sedemikian rupa. atau lebih canggih. lantak la. baek Kawan pegi sahur dulu. dah imsak pun. kalau kat kampung halaman Kawan time-time camni la Kawan doa Pak Rahim ngaji lama-lama sikit. 

Lepas solat subuh, Kawan baring dalam sleeping bag. try browse fail history dalam otak. pergi ke data 2 hours ago. teeettt! JUMPA! kah kah kah. Kawan stret save as, lepas ni oleh tengok balik time makan mee sedap. Korang nak tau Kawan mimpi ape?



Kawan mimpi pegi melbourne, jalan-jalan ke Great Ocean Road, 
main salji di mount Baw Baw 


Nama pun mimpi. Kawan malas tulis lagi. korang kalau mimpi pun ade ke dalam bentuk essay? takpun dalam bentuk orang baca berita? takde kan? kalau kita mimpi kebanyakannya keluar gambar-gambar mengikut sequence. so mimpi Kawa pun biar Kawan tunjuk dalam bentuk gambar. sebab Kawan rase korang pun da mencarut bila Kawan nak masuk inti penting post ni kah kah kah..

Watak dalam mimpi Kawan:
Kawan sendiri, khir, affan, meor, paan

yang ni time Kawan mimpi pegi bandar melbourne










yang ni pulak mimpi pegi Great Ocean Road









Destinasi last yang sempat Kawan pegi dalam mimpi tu, Mount Baw Baw











Kawan sempat pegi 3 tempat je dalam mimpi kali ni. kalau Kawan set alarm lambat sikit mungkin Kawan dh sambung jalan ke sydney gamaknya. best betul mimpi jalan-jalan macam ni. dapat main salji free tak payah kuar sesen. esok malam Kawan nak mimpi pegi Lubnan pulak, cari calon isteri kat sana. 

Ape gua merepek siot sampai pukul 4 pagi. sahur la wei!








Wednesday, July 20, 2011

Winter Pertama dalam Hidup Aku

dulu time kecik2 tengok orang dalam tv main snow, mesti akal comelku berbicara "kan best kalau malaysia ade salji". tak payah salji la, ade musim sejuk pun kire ok la. 


Sekarang Kawan kat australia, semua musim ade. mase mula-mula sampai bulan 2 dulu, time tu tengah summer. ramai rakan2 seangkatan Kawan menyeringai kepanasan. tapi yang bestnye panas-panas pun tapi susah nak keluar peluh. kalau kat malaysia kau jalan bawah matahari 15 minit ketiak kau mula basah, orang sekeliling start pandang kau jijik. nasib baik dulu Kawan pakai deodorant nivea for men. semua orang suka peluk Kawan.

 Kalau mamat ni masuk lif, kau rasa kau stay dlm lif or kau keluar?

lepas summer, musim luruh pulak masuk keje. mula2 Kawan jakun tengok pokok-pokok mula kekuningan. sangat cantik. umpama Sofea Jane (housemate Kawan boleh tak kenal sape tu Sofea Jane, akibatnya die menerima 1 penampar dari Kawan). dulu depan rumah Kawan rumput-rumput selalu jugak kuning, tapi sebab kena racun dengan ayah Kawan la. semua pokok mula togel. bogel. tak malu. 



beberapa foto real bukan download google. 

Autumn abes maka datang la musim yang paling dinanti-nantikan budak jakun macam Kawan ni. It's winter season, and currently still it is. awal2 masuk winter tu, berlagak sket "hukaloh gini ke winter? x sejuk pun. lagipun Adelaide ni salji tak turun, tak sejuk mane lah, takde hal lah!". haaa masuk tengah2 bulan 6 hari tu, amik kau makin lame makin sejuk. kene pulak exam final time tu. Kawan study tak boleh duduk diam, loncat-loncat pusing kerusi sebab sejuk. pakai sweater tebal berbulu-bulu, tak panas jgk. pakai gloves, tak jalan jugak. sleeping bag Kawan harap je tulis boleh tahan sampai -5 'C, baru 4 'C Kawan da beku macam ayam dalam fridge tu. btw Adelaide paling rendah pernah sampai 0 'C. kalau siang keluar rumah jangan la nak tunjuk hebat pakai baju sehelai. sumpah kau keluar pintu, ikat tali kasut, then kau akan bukak balik ikatan tu dan masuk rumah amik sweater. 

semua mengomel sebab sejuk sangat. kalau orang kat malaysia nak sejuk, kita kat sini nak panas. bile kite ni reti nak bersyukur hah?? bagi duduk kat Greenland kang, takpun negara africa sana, agaknye baru reti nak cakap alhamdulillah dengan ape yang kite da ade ni.

dah, nak pegi Villi's nak makan pancake. bye bye.











Wednesday, May 11, 2011

Bersihkan Habuk Dalam Blog..

Tatkala Kawan sedang menelaah buku-tebal-nak-mati Law of Tort (exaggarating gila!padahal tak tebal mana pun!), tiba-tiba Kawan rasa bosan..buka fesbuk, ternampak pula sahabat Mohamad Redzuan mengepos sesuatu yang baru dalam blognya..wah, member Kawan da makin banyak menulis la! tiba-tiba lagi teringat pada blog Kawan (masa tu baru teringat aku ade blog rupenye). Ye, masa untuk membersihkan habuk dan segala kotoran di blog sudah tiba.


*Kat atas ni Kawan merepek. Korang tak baca pun takpe ahahaha..

Sudah genap 3 bulan Kawan berada di bumi Australia. Bumi yang mana seluruh pelusuk dunia hanya akan membayangkan kanggaru dan beruang koala, dan bukan pula Tim Cahill apatah lagi Julia Gillard. 


                                           

                               VS     

                         

betul ke beruang koala lagi femes dari julia gillard???sebenarnye korang tau tak Julia Gillard ni siape??


Bagaimana hidup Kawan di sini?kepada yang bertanya, mudah je jawapannye. Alhamdulillah, so far so good (jawapan skema peperiksaan masa Kawan tadika dulu kala). Kehidupan di Australia banyak bezanya dari Malaysia. Bezanya dapat dilihat dari segi orangnya, adat budayanya, sistem politik dan ekonominya, lori-lorinya (haha tak masuk langsung, tapi sumpah lori kat sini style gila, semua macam optimus prime).
Meh Kawan cerita sikit ape yang beza sangat Australia dengan Malaysia nih. Firstly, orang Australia kalau nak lintas jalan, punya la cermat juga berhati-hati. Mesti kena guna laluan lintasan pejalan kaki dan lintas berpandukan traffic light pejalan kaki. Kat malaysia ade??jangan nak tipu cakap ade,sebab seumur hidup Kawan kat malaysia, Kawan tak pernah buat pun ahahaha..

                 memang tension kalau kau kena tunggu bersebelahan dengan orang ketiak berbau. tapi ini lah realitinya di sini.


Seterusnye, orang-orang Australia ni terlebih peramah sangat! kalau korang pegi mana-mana especially kedai or supermarket, cashier mesti akan tanya "how are u mate?"..maybe korang boleh kata taktik perniagaan je tu, tapi at least di sini mereka mengamalkan budaya macam tu. kadang-kadang kalau kau usha orang sebelah kau dan die perasan, die akan cakap benda yang same..kalau kat malaysia konfem-konfem orang sebelah kau akan cakap "ape tengok-tengok??ade hutang??"..nampak tak bezanya?


Lagi, di sini budaya berbasikal amat la jelas. di malaysia, yang berbasikal hanyalah kanak-kanak sekolah, dan segelintir pakcik-pakcik tua berkopiah berbasikal untuk ke warung kopi. tapi di sini, kebanyakan orang berbasikal daripada naik motor. kalau atas jalan raya tu, siap ade lorong khas untuk basikal. cuma, bila nak berbasikal, korang wajib pakai helmet, dan juga lampu kalau berbasikal waktu malam. cerita tentang menunggang motosikal pulak, kalau kat traffic light, korang kena beratur macam kereta. tak boleh nak suka-suka hati nak cilok-cilok macam kat malaysia (pastu langgar side mirror kereta orang, pastu bila lampu hijau pulas minyak nak lari punye pasal and sorok celah bangunan, Kawan faham sangat sebab Kawan pun pernah buat).. 


                                  ni kat malaysia je bai..      
         
                                            
                                                 
                         kat Australia lebih kurang macam ni la..



                                                      
                     saya tua saya okay berbasikal..saya nampak cool kan??




Tapi yang Kawan tak tahan, bukan semua orang Australia ni suka kat orang luar! pandangan diorang kat orang luar ni sebiji macam pandangan korang kat mat bangla, mat indon, mat vietnam dan sekutunya la. Kadang-kadang Kawan dengan rakan-rakan elok-elok jalan kaki tepi jalan, tiba-tiba ade kereta lalu jerit "monkey!", tak pun "f**k you"..Kawan da biase da tu..biasenye yang buat macam tu remaja-remaja kurang kasih sayang la. maklum la, budak baru nak naik. tapi diorang ni jerit dari dalam kereta berani la sebab diorang tau walaupun Kawan ni juara 100m Kelas Bunga Matahari, takdenye Kawan boleh kejar kereta diorang. realitinya, diorang memang tak berani cakap depan-depan..


                                                                      
diorang takdenye berani nak tunjuk muka, sebab takut Kawan ingat muka die then Kawan sebat die kalau jumpe lagi.



                                                
                    ada jugak yang usha Kawan setiap kali Kawan jalan kaki



                                                                             
           yang ni terlebih peramah pulak..payah jugak..      




                                                                                         tak kurang jugak yang offer untuk tumpangkan Kawan..



Jadi, boleh disimpulkan begini la serba sedikit tentang kehidupan baru Kawan di bumi baru, Australia ni..ada yang best, ada yang tak best..tapi kebanyakannye tak best..bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri"..  

Sekian, salam rindu untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. nanti kalau Kawan boring study Kawan update lagi..nak jugak cerita tempat-tempat best kat sini yang Kawan da pegi..nak kasi korang jeles sikit hahahahaha...