BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 10, 2011

My First Time.....Aku Hilang Kelakian

kau yang berotak kuning-kekuningan, aku dapat membayangkan muka tak sabar kau untuk membaca entri aku lepas tengok tajuk kat atas tu. aku tau tajuk tu memang membangkitkan selera untuk remaja-remaja seusia kita. tapi sory to say la bro. ini bukan blog seperti tajuk entri di atas kah kah kah, untuk budak yang still suci dan innocent, tahniah Kawan ucapkan. 




Kawan memang salahkan lecture Kawan Matthew Stubbs. Die bagi lecture pasal cara citation untuk legislations,cases, and books and journal articles. senang cakap tadi Kawan dengar lecture recording die. da sampai part di mana para pendengar da agak master tentang ape yg die sampaikan, die ajukan satu soalan. dan di dalam bilik yang sunyi tapi wangi ni, Kawan dengar suara Kawan menjawab soalan itu sebagai tanda respons. dan saat tu jugak la Kawan teringat cerita Dora The Explorer. Kau tau sebab ape? dalam cite ni si dora budak hingusan tu selalu mengajukan soalan kepada penonton-penonton. jenis sooalannya pulak yang pada orang macam kita ni soalan bodoh. kalau kau rasa soalan tu bodoh,sebenarnya kau yang bodoh. cerita tu kartun untuk budak-budak, yang kau ikut adik kau tengok apehal? 



ini la wajah budak hingusan tu, tapi yang kiri atau yang kanan?



Nak dijadikan cerita, Kawan selalu teman adik-adik Kawan tengok cerita ni petang-petang time Kawan mengangur dulu. yang bestnye dalam cerita ni, adik-adik Kawan akan attempt untuk jawab semua soalan dan ikut semua arahan dari si Dora budak hingusan tu. serius untuk level budak upsr ke atas, cerita tu bukan tahap kau. 


*   *   *


Kaitannya :

Kawan teringat tadi mase Kawan jawab soalan lecture tadi tu sebiji macam adik-adik Kawan yang jawab soalan-soalan Dora budak belum baligh tu. 



Ptuihhh ptuihh lantak la sama cerita ni. point yang Kawan nak up kat sini bukan pasal cerita tu! ape yang Kawan nak sampaikan kat sini adalah perasaan rindu pada family sampaikan sesuatu benda yang kau lakukan pun kau akan ter'associate'kan dengan ahli family kau. diam tak diam dah ngam-ngam 6 bulan Kawan kat Aussie ni. which means DAH 6 BULAN AKU TAK JUMPA FAMILY AKU!! setakat webcam dekat ym tu ade la tapi internet rumah Kawan ni lembab macam lori bertayarkan basikal. gamba kat video tu sangkut-sangkut. mana puas. 


*   *   *


Hakikatnya :

Demm aku mengakui penyakit homesick aku da sampai. tapi lumrahhh la weyyy.. sape tak sayang family. sape tak rindu family kalau da lama tak jumpa. kalau time skola menengah dulu sebulan sekali Kawan mesti balik rumah. ni semua salah sistem pendidikan malaysia. kalau korang buat peraturan setahun balik 2kali je mesti sekarang Kawan da 'alah bisa tegal biasa'. LOL. time kat taylor's dulu pun sebulan sekali jugak Kawan balik rumah. tapi sekarang ni da 6 bulan tak balik-balik kau tau tak.



lagi-lagi sekarang ni bulan puasa.lagi terasa homesicknya. Kawan tak kesah kat Aussie ni Kawan tak dapat pegi bazar ramadhan, tak dapat makan murtabak, tak dapat minum air soya cincau, tak dapat cuci mata tengok awek-awek kat bazar, tak dapat teman member-member Kawan yang tak puasa pegi makan (astaghfirullah,kalau ade lagi yang buat camni,taubat la yob!). Tapi yang Kawan kisahnya adalah TAK DAPAT BERBUKA OR BERSAHUR EVEN SEKALI pun untuk ramadhan kali ni. dan adakah untuk ramadhan 3 tahun akan datang juga? wallahualam..Allah ade perancanganNya. kau tau ape perasaan buka bersama keluarga? perasaan tengok ibu balik dari sekolah pukul 6.30 petang terus masak untuk berbuka, perasaan tengok ayah yang kepenatan bekerja seharian berbuka puasa,(dengar katanya puasa kal ni siang malam kena kerja sebab taukey die tak cukup pekerja,moga Allah kuatkan semangatmu ayah. Amiin), dan juga perasaan tengok adik-adik Kawan yang masih kecik tunggu waktu buka dengan wajah yang 'sumpah separuh mati'..kesian..semua tu perasaan yang hanya kau rasa bila kau ade di samping mereka waktu berbuka. WAKTU BERSAHUR pulak, teringat kenangan di mana ibu akan jerit dari tingkap untuk kejut nenek di sebelah rumah dengan jeritan "mak oo mak da bangun belum?" sampai la nenek sahut. dulu ayah yang buat kerja ni. teringat lagi kenangan tengok ibu kejut adik-adik untuk bangun sahur. adik Kawan yang kecik, Aisya, paling susah nak bangun. dulu time die lagi kecik sampaikan ibu kena suapkan makanan dalam mulut die sambil die berbaring dengan mata tertutup. dua orang adik Kawan lagi, Zura dan Jaja, nasib baik senang untuk bangun. kalau tak memang request air paip sebaldi dari Kawan muahaha.


*   *   *


tu semua kenangan kau tau tak! KENANGAN! kau tak boleh buat ape-ape dengan kenangan selain mengenangnya. dan itu yang terjadi pada Kawan sekarang. mengenang, mengenang, dan terus mengenang. entah bila dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga tersayang lagi.

sumpah kalau Kawan tak fly mungkin Kawan takkan rasa perasaan macam ni. perasaan yang special, tapi menyedihkan. mungkin ade rakan-rakan yang kat malaysia yang tak balik rumah berbulan-bulan jugak, dan mungkin korang nak kutuk Kawan. takdehal. lantak korang. tapi situasi kita tak sama, ingat tu. Kawan duduk beribu batu jauh dari malaysia. kalau Kawan nak balik semata-mata nak berbuka dan bersahur dengan family, konfem-konfem RM3000 melayang. Kawan orang bukan orang kaya, nak harapkan duit dari sponsor, nak beli tiket untuk balik hujung tahun pun tak lepas-lepas. berlainan dengan korang-yang-mungkin-nak-perli-Kawan tu, kalau study dalam malaysia anytime ade masa terluang weekend korang boleh balik. jarak tak memisahkan korang dengan keluarga korang. tambang bas sehala pun takdenye cecah RM100. kepada korang tu, tak payah la tunjuk macho tak balik rumah berbulan-bulan. sementara kita masih ade family ni dan berkemampuan untuk jumpa mereka, balik la bro-bro dan sis-sis sekalian.    



*   *   *


dan atas-atas sebab di atas ni, Kawan terpaksa mengaku malam ni air mata Kawan menitik juga. penuh gelas putih affan tu buat tadah. Kawan bukan homesick, Kawan bukan 'gembeng' (tak tau google sendiri), or Kawan bukan 'pundan' (tak tau tanya pemuda namanya mohd norhafizul mineh). tapi adat manusia, at certain point of time, kau akan rasa sangat down. sangat-sangat down. dan malam ni adalah malam Kawan. 

Air mata Kawan menitik, officially Kawan bukan lelaki lagi :'(










my family+nenek. seriously i miss you all so much :'( semoga Allah pertemukan kita, sekurang-kurangnya di dalam mimpi kita. Amiin..



Kawan salahkan lecture Kawan sebab die la semua ni terhasil sebab die pegi tanye soalan macam tu sape suruh!!!


Kawan da lama kot tak menitikkan air mata. last time mase bulan 1 rasenye, mase dapat tau seseorang ni dapat fly. dan kali terakhir merupakan mase Kawan keluar dari perut ibu. awesome kan? keh keh keh


































Saturday, August 6, 2011

Seronok Bai Jalan-jalan Bai

"Benarkah salahku, lepaskan kamu Kau duga egoku, fahami diriku begini Tiada yang sama Yang pasti kita semua bebeza Kau fikirlah" "pundek punya alarm. gua tak sempat save as lagi mimpi gua lu da kasi kejut. tapi takpe, gua tau lu taat menjalankan tugas lu" getus Kawan sendirian. kau orang tahu tak sekarang bulan puasa? kalau alarm bunyi tu paham-paham la bangun dari katil tu pegi sahur. 


Kawan hentak-hentak kaki tak puas hati sebab Kawan tak sempat save as mimpi tadi. macam mana nak tengok balik bila Kawan da abes buat soalan tutorial nanti? atau nak tengok sambil makan mee sedap? kalau Kawan sempat save as tadi konfem lepas sahur Kawan stret delete cerita KL Ganster dalam laptop Kawan. Kawan campak tuala Muhd Khir ke dalam toilet sebagai tanda tak puas hati. 

Kejap, teknologi bukan da maju? kalau kau orang guna google chrome ke, mozilla fireforks ke, bukan ke ade benda alah nama 'history' untuk trace balik ape yang korang bukak? kalau laptop Kawan yang nak masuk setahun berkapasiti memori sebanyak 500 GB boleh ade benda tu, Kawan yakin otak yang Allah kurniakan ni, yang kapasitinya unlimited, mesti ade benda sedemikian rupa. atau lebih canggih. lantak la. baek Kawan pegi sahur dulu. dah imsak pun. kalau kat kampung halaman Kawan time-time camni la Kawan doa Pak Rahim ngaji lama-lama sikit. 

Lepas solat subuh, Kawan baring dalam sleeping bag. try browse fail history dalam otak. pergi ke data 2 hours ago. teeettt! JUMPA! kah kah kah. Kawan stret save as, lepas ni oleh tengok balik time makan mee sedap. Korang nak tau Kawan mimpi ape?



Kawan mimpi pegi melbourne, jalan-jalan ke Great Ocean Road, 
main salji di mount Baw Baw 


Nama pun mimpi. Kawan malas tulis lagi. korang kalau mimpi pun ade ke dalam bentuk essay? takpun dalam bentuk orang baca berita? takde kan? kalau kita mimpi kebanyakannya keluar gambar-gambar mengikut sequence. so mimpi Kawa pun biar Kawan tunjuk dalam bentuk gambar. sebab Kawan rase korang pun da mencarut bila Kawan nak masuk inti penting post ni kah kah kah..

Watak dalam mimpi Kawan:
Kawan sendiri, khir, affan, meor, paan

yang ni time Kawan mimpi pegi bandar melbourne










yang ni pulak mimpi pegi Great Ocean Road









Destinasi last yang sempat Kawan pegi dalam mimpi tu, Mount Baw Baw











Kawan sempat pegi 3 tempat je dalam mimpi kali ni. kalau Kawan set alarm lambat sikit mungkin Kawan dh sambung jalan ke sydney gamaknya. best betul mimpi jalan-jalan macam ni. dapat main salji free tak payah kuar sesen. esok malam Kawan nak mimpi pegi Lubnan pulak, cari calon isteri kat sana. 

Ape gua merepek siot sampai pukul 4 pagi. sahur la wei!