BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 5, 2011

MAKA PENANTIAN BERAKHIR DENGAN BEGINI........

Petang Kelmarin......


Kawan sedang masyuk online. Tiba-tiba, "why is it everytime i try it always comes back as a lie" handphone maxis Kawan yang dah berzaman tak berbunyi akhirnya berdering semula. Kawan menekan butang 'Jawab'..


                               *   *   *   *

3 bulan yang lepas...

"Arghh peningnya kepala akuu!! mana satu aku nak letak ni!!" Kelihatan di dalam LT1 Taylor's College,beberapa orang pelajar(bukan sedikit) mula mengerutkan muka dek penangan confuse untuk letak pilihan universiti masing-masing. Kawan pun termasuk sama,tapi kerut Kawan tak macam mereka.

Kawan keliru...mana satu sepatutnya diletak sebagai pilihan pertama Kawan.



or



or





kalau tengok betul betul, logo Monash dan Bond memang lawa. Adelaide punya tak lawa, tapi kelihatan old school. Tapi Kawan memang suka benda benda old school ni..


orang tua: ade sesiape sebut "Old School??"


setelah penat Kawan berkerut muka, sampaikan member sebelah pun sound "hoi ko nak berak ke ape??", Kawan nekad. Ape yang Kawan letak ni ialah pilihan terbaik Kawan. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Here goes the list...

1) University of Monash 
2) University of Bond
3) University of Adelaide

Masa kian berlalu. Final exam SAM pun sudah dijalankan. Tapi hati Kawan mula terpaut pada Bond University. Cuba renungkan, belajar di Bond duration study cuma 2 tahun 8 bulan. Boleh balik cepat, kerja cepat, insyaAllah kahwin pun cepat. Tempat pun best. Gold Coast kot! Namun yang mampu Kawan buat hanyalah menunggu keputusan JPA nak hantar Kawan ke mana yang mereka suka. Kawan tunggu...............dan tunggu...............pegi toilet kejap.......tunggu lagi.........

                                    *   *   *   *

" Helo, can I speak to Mohammad Zulfadhli?" suara dalam telefon itu berkata.
Kawan tersedar dari angan petang yang panjang.
Alamak die cakap bahasa Inggeris la. Bahasa rasmi kampung Kawan ni. 
Kawan dengan relaxnye seraya membalas, "Yes,speaking here".

Orang dalam telefon: "I am .....(Kawan lupa) from placement centre, here to tell you that your sponsor JPA has agreed to send you to the University of Adelaide. bla bla bla (perbualan seterusnya tak penting)".
Kawan: Okay,thank you..(nada sedih)

Ok no Bond, neither Monash. Honestly, quite disappointed bila Kawan tak dapat uni yang Kawan nak, Bond university. Tapi Kawan yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnye. Bak kata Imam kampung Kawan, "everything happen for a reason". mungkin ini juga berkat doa ibu Kawan sebab Kawan tengok gaya dia seakan lebih mahukan Kawan ke Adelaide.

Petang itu berlalu dengan agak hiba. Kawan sedang melayari internet sementara menunggu kepulangan ibu bapa untuk beritau berita gembira untuk mereka ni. Tiba-tiba Kawan terpandang sesuatu di laman web yang Kawan layari.

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.


Kawan terdiam seketika lalu menghayatinye. Ye, betul tu. Kawan mula faham dan menerima takdir yang telah ditentukan. Segala yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui. Maybe Bond tu bukan yang terbaik untuk Kawan. 

Dan sekarang, Kawan memandang di hadapan sebagai sesuatu yang positif. University of Adelaide adalah 1 permulaan sebuah perjalanan hidup yang baru.

Kepada rakan-rakan yang tercampak ke uni lain seperti Monash, Tasmania, Queensland, ANU, Melbourne, Sydney, Newcastle or mana2 laa, Kawan doakan yang terbaik untuk korang semua. Kerana kita adalah KAWAN....

Ko tak payah nak buat muka poyo sedih-sedih, aku da ok da

psss : Kawan nak tanam sawit kat adelaide nanti. Sekarang kat malaysia harga minyak masak tengah naik, ini rezeki untuk Kawan

3 comments:

Iskandar Shah said...

okla tu kat adelaide.
btw, congrets eh! :)

lau ade rezeki, aku nk ke Oz gak. hehe

eushahida farizza raffar said...

bukn mph laa.. LT1.

Zul Carpan said...

shhhhh orang lain tak tau..jgn kantoikan..wek!=)