BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

Rapuh....

Dengar-dengarkan...



Lagu yang sangat menyentuh dan bermakna betapa kita sebagai manusia tak luput dari salah dan lemah, dan betapa Maha besarnya Allah, yang nantinya hidup ini semua berakhir padamu ya Allah...

Artis: Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...


(^.^)


Thursday, January 6, 2011

Bila Menang Dipuji Sebakul, Bila Kalah Dikutuk Berbakul-Bakul



ARTIKEL INI DITULIS DENGAN NADA YANG SERIUS
JADI SILA BACA DENGAN NADA YANG SAMA


Gambar yang buat Kawan menangis dari semalam


Sejak Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010, bahagian sukan dalam segala jenis surat khabar malaysia tak henti-henti melaporkan tentang perkembangan pasukan Harimau Malaya selepas pulang ke tanah air. Para pemain semakin glamour. Populariti semakin meningkat. Nama-nama seperti Khairul Fahmi, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menjadi tidak asing dalam search engine. Dengar kata, rakan Facebook 'Apek' (Khairul Fahmi) dah meningkat 3 kali ganda. 

Kawan bukan jealous. Malahan, Kawan gembira pasukan Harimau Malaya mampu untuk kembalikan maruah bola sepak negara. Tapi, sedar tak sedar, populari sebegini nyata amat berbahaya kepada para pemain kita. Lumrah hidup, "Manusia Mudah Alpa". Bak kata Akbar dalam lagunya bertajuk 'Manusia Lupa', "Manusia lupa, manusia alpha Manusia bersangka, manusia leka". Populariti sebegini ditakuti akan melalaikan mereka kerana hakikatnye, perjalanan bola sepak mereka masih panjang. Purata umur pemain dalam skuad kali ni 22 tahun wei! 
  


orang-orang dalam gambar: kita masih muda,jom enjoy puas-puas
Kawan: kepala hangguk korang..


Tapi ni adalah senario yang biasa bila kita menjadi juara. Jadi macam mana pulak senario yang biasa bila kita kalah??






JARANG-JARANG  


   










SELALUNYE                         
  BOOOOOOOOOO
DENGAN ..... PUN KALAH
MAIN NTAH APE-APE
PASSING PUN TAK LEPAS!!


ATAU


HADOOI MAIN MACAM BUDAK SKOLAH
MEMBAZIR JE KERAJAAN BAGI DUIT KAT TEAM BOLA
BAIK BAGI AKU YANG MAIN!!

Kawan cabar lu turun main dengan Kawan. Kalau cara nak ikat tali but pun lu tanye Kawan, Kawan tak cakap banyak, Kawan terus pacak stad but kat kepala lu..




LEBIH TERUK LAGI


Petikan Harian Metro 12/9/2008
Tajuk : "Perabis Beras Aje!
Petikan: 'B. sathianathan menyifatkan Mohd Helmi Eliza Elias sebagai yang terbaik di Malaysia tetapi boleh percayakah kata-kata jurulatih skuad negara itu? apa yang jelas, penjaga gol itu paling bodoh di Malaysia ketika memberikan gol percuma dan kemenangan 3-2 Vietnam, sekaligus menjejaskan peluang ke separuh akhir Piala AFF suzuki, semalam.'


Pada pendapat Kawan, komen atau kritikan sedemikian bukanlah jenis yang membina, tapi jenis yang menghina! Persoalannye sekarang, siapa penulis untuk melabelkan penjaga gol tu sebagai 'paling bodoh', malah memberi gambaran ragu-ragu terhadap kewibawaan jurulatih dalam memilih skuadnya. Kalau penulis lagi hebat, kenape bukan penulis je yang menjaga gawang, dan menjadi jurulatih pada masa yang sama??



Kawan faham, media cetak memerlukan headline sebegini di dada akhbar mereka untuk sebagai pelaris. Tapi, at least, atau sekurang-kurangnye, tolong la fikirkan ape perasaan individu yang dilabelkan sebagai 'paling bodoh' dan 'perabis beras'. Perasaan ahli keluarga mereka, nak letak mana? ingat mereka tak malu bila berhadapan dengan orang-orang kampung mereka? Kawanku, duit boleh dicari ganti, tapi maruah manusia yang dah tercalar, belum tentu lagi, atau lebih tepat, mustahil.


KESANNYA

Kawan memang simpati sama kau, bro...




BAGAIMANA DENGAN YANG INI PULAK???




Kepada para pembaca, sila 'maju cepat'(ayat google translator), atau bahasa englishnya 'fast forward' ke minit 2.38

kredit ditujukan kepada Redzuan Chamakh sebab bagi link ni kat Kawan


Kawan tertarik dengan komen yang dikeluarkan oleh Shebbie apabila beliau berkata, "Kepada sesiapa yang nak jadi pemain bola sepak di malaysia, atau bercita-cita nak jadi pemain bola sepak, tukar bidang, jangan main bola sepak, main sukan lain yang kita femes". Persoalan yang ingin Kawan timbulkan di sini, adakah ini satu mesej yang cuba di sampaikan oleh seseorang so-called 'arif' dalam bidang bola sepak negara di saat kita ketandusan bakat-bakat muda yang berkualiti, di saat pasukan kita semakin hari semakin jatuh ranking FIFAnya? Kenapa perlu dipandang rendah impian pemuda-pemuda kita yang memasang impian untuk menaikkan martabat bola sepak Malaysia, hanya kerana mungkin Shebbie menganggap bola sepak Malaysia dah tak ada masa depan??

Wallahualam..Kawan pun tak tau ape niat sebenar Shebbie di saat dia mengeluarkan komen sedemikian. Kalau interpretasi Kawan salah, Kawan minta maaf. Tapi, pada pendapat peribadi Kawan, komen sebegini jika dibaca tanpa penjelasan, akan menyebabkan impian atau cita-cita anak-anak muda kita terkubur begitu sahaja. Tolonglah faham, bola sepak kita tak akan maju kalau jika non-supportive environment yang kita persembahkan kepada mereka. Dan sekarang kita dah menang piala AFF Suzuki 2010. Adakah Shebbie hendak memperbetulkan statement di atas?hendak menggalakkan pula anak-anak muda kita bermain bola sepak?atau mungkin menyarankan juga golongan pekerja professional seperti doktor, jurutera, peguam, untuk turut bermain bola sebagai aktiviti sampingan?entah laa..Kawan pun tak tahu..

Apa-apapun, adalah sangat dihargai oleh rakyat Malaysia jika suatu hari nanti Shebbie akan membuat penjelasan berhubung komennya di atas...bukan apa, bagi mengelakkan salah faham..





Akhir kalam..

Come on la rakyat malaysia, jangan panggil diri korang 'penyokong hidup mati pasukan bola sepak malaysia' kalau korang hanya tau bersorak bila mereka menang, tapi menghentam kaw kaw bila mereka kalah. Jangan jadi seperti lalang......



sekalung ucapan tahniah kepada bro-bro sekalian kerana 
mengharumkan nama Malaysia


pssstt: bunyi serius tak? mesti 'tunang-2 tahun-hidup' Kawan tak cakap Kawan buat lawak lagi..btw thanx to my ibu kerana mengajar Kawan isitilah tunang ni..







Wednesday, January 5, 2011

MAKA PENANTIAN BERAKHIR DENGAN BEGINI........

Petang Kelmarin......


Kawan sedang masyuk online. Tiba-tiba, "why is it everytime i try it always comes back as a lie" handphone maxis Kawan yang dah berzaman tak berbunyi akhirnya berdering semula. Kawan menekan butang 'Jawab'..


                               *   *   *   *

3 bulan yang lepas...

"Arghh peningnya kepala akuu!! mana satu aku nak letak ni!!" Kelihatan di dalam LT1 Taylor's College,beberapa orang pelajar(bukan sedikit) mula mengerutkan muka dek penangan confuse untuk letak pilihan universiti masing-masing. Kawan pun termasuk sama,tapi kerut Kawan tak macam mereka.

Kawan keliru...mana satu sepatutnya diletak sebagai pilihan pertama Kawan.



or



or





kalau tengok betul betul, logo Monash dan Bond memang lawa. Adelaide punya tak lawa, tapi kelihatan old school. Tapi Kawan memang suka benda benda old school ni..


orang tua: ade sesiape sebut "Old School??"


setelah penat Kawan berkerut muka, sampaikan member sebelah pun sound "hoi ko nak berak ke ape??", Kawan nekad. Ape yang Kawan letak ni ialah pilihan terbaik Kawan. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Here goes the list...

1) University of Monash 
2) University of Bond
3) University of Adelaide

Masa kian berlalu. Final exam SAM pun sudah dijalankan. Tapi hati Kawan mula terpaut pada Bond University. Cuba renungkan, belajar di Bond duration study cuma 2 tahun 8 bulan. Boleh balik cepat, kerja cepat, insyaAllah kahwin pun cepat. Tempat pun best. Gold Coast kot! Namun yang mampu Kawan buat hanyalah menunggu keputusan JPA nak hantar Kawan ke mana yang mereka suka. Kawan tunggu...............dan tunggu...............pegi toilet kejap.......tunggu lagi.........

                                    *   *   *   *

" Helo, can I speak to Mohammad Zulfadhli?" suara dalam telefon itu berkata.
Kawan tersedar dari angan petang yang panjang.
Alamak die cakap bahasa Inggeris la. Bahasa rasmi kampung Kawan ni. 
Kawan dengan relaxnye seraya membalas, "Yes,speaking here".

Orang dalam telefon: "I am .....(Kawan lupa) from placement centre, here to tell you that your sponsor JPA has agreed to send you to the University of Adelaide. bla bla bla (perbualan seterusnya tak penting)".
Kawan: Okay,thank you..(nada sedih)

Ok no Bond, neither Monash. Honestly, quite disappointed bila Kawan tak dapat uni yang Kawan nak, Bond university. Tapi Kawan yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnye. Bak kata Imam kampung Kawan, "everything happen for a reason". mungkin ini juga berkat doa ibu Kawan sebab Kawan tengok gaya dia seakan lebih mahukan Kawan ke Adelaide.

Petang itu berlalu dengan agak hiba. Kawan sedang melayari internet sementara menunggu kepulangan ibu bapa untuk beritau berita gembira untuk mereka ni. Tiba-tiba Kawan terpandang sesuatu di laman web yang Kawan layari.

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.


Kawan terdiam seketika lalu menghayatinye. Ye, betul tu. Kawan mula faham dan menerima takdir yang telah ditentukan. Segala yang ditentukan oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui. Maybe Bond tu bukan yang terbaik untuk Kawan. 

Dan sekarang, Kawan memandang di hadapan sebagai sesuatu yang positif. University of Adelaide adalah 1 permulaan sebuah perjalanan hidup yang baru.

Kepada rakan-rakan yang tercampak ke uni lain seperti Monash, Tasmania, Queensland, ANU, Melbourne, Sydney, Newcastle or mana2 laa, Kawan doakan yang terbaik untuk korang semua. Kerana kita adalah KAWAN....

Ko tak payah nak buat muka poyo sedih-sedih, aku da ok da

psss : Kawan nak tanam sawit kat adelaide nanti. Sekarang kat malaysia harga minyak masak tengah naik, ini rezeki untuk Kawan

Sunday, January 2, 2011

Betul Ke Aku Tulis Blog?

Assalamualaikum..

Seakan tak percaya bila Kawan mula menulis blog..kelihatan agak terlambat berbanding rakan-rakan Kawan yg lain..tp sebenarnya Kawan dah lama ada hati nak ada blog sendiri,tapi disebabkan kekangan masa telah membataskan niat Kawan..kalau tak percaya pegi tengok blog2 rakan rakan Kawan di J7..hampir semua tak update blog bila menjejakkan kaki semester 3 di Taylor's College kecuali beberapa orang seperti Razin..he always has something to talk about,which is something good for me..

Blog Kawan sebenarnye dibuat pd malam 31 disember 2010..saje, jadi senang Kawan nak ingat umur blog Kawan..ini pun berkat pertolongan adik Kawan yg sesungguhnya lagi advanced dalam bidang ni..hasilnya, die menjadi follower pertama Kawan..tahniah!hahaha..

Tiada harapan sebesar gunung, Kawan cuma mahukan blog ni menjadi tempat luahan hati,memberi pandangan tentang sesuatu isu,dan menjadi medium dalam menyampaikan sesuatu yg bermanfaat bagi kita semua..akhir kalam,semoga mengikuti blog Kawan..

tangan Kawan tak selaju kau..


ehem: tulis tulis jugak,solat jangan lupa!